Saturday, May 27, 2017

Sambutan Hari Guru SMK SBU 2017

Majlis Sambutan Hari Guru 2017 di SMK SBU telah pun berlansung pada hari Khamis, 25/5/2017. Bagi pihak AJK PIBG & KSIB, Admin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi sumbangan kewangan, tenaga sebagai ajk pelaksana dan kek untuk sambutan Hari Guru SMK SBU 2017 tersebut. 

surat YDP PIBG kepada ibu bapa berkenaan Hari Guru SMK SBU 2017

Berikut adalah lensa Majlis Sambutan Hari Guru SMK SBU 2017.

Para Guru SMK SBU
 
wajah2 ceria

Kek-kek sumbangan ibu bapa murid SMK SBU.

kek 1

kek 2

kek 3
Berikut pula adalah ucapan Hari Guru dari ibu bapa pelajar SMK SBU kepada semua guru dan pendidik SMK SBU.

ucapan 1

ucapan 2

ucapan 3

ucapan 4

ucapan 5

SELAMAT HARI GURU!

Pemenang Ikon Akademik Hari Guru Wilayah Persekutuan 2017 - Cikgu Lee

Bagi pihak PIBG & KSIB SMK SBU, Admin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Cikgu Lee Saw Im, seorang guru SMK SBU, yang telah dinobatkan sebagai IKON AKADEMIK di Majlis Perayaan Hari Guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah diadakan pada 25hb Mei lepas. 

Perasmian majlis dan penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan iaitu YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansur.

Sambutan Hari Guru Wilayah Persekutuan

1

Cikgu Lee menerima hadiah

4

Nota: Admin ada terserempak Cikgu Lee di kantin pada hari tersebut. Admin bercadang ingin menemubual Cikgu Lee tetapi tidak kesampaian.

Sunday, April 30, 2017

Warkah YDP Mohon Ibu Bapa Bayar Sumbangan PIBG

Berikut adalah warkah daripada Tuan YDP PIBG SMK SBU, Encik Indran, memohon para ibu bapa membayar sumbangan PIBG.

Bayaran Tambahan Tabung PIBG
(nota Admin: klik pada imej untuk besarkan)

Salam sejahtera semua
Datuk/Dato'/ Datin/ Dr / Tuan / Puan,
Mohon semua ibu bapa/ penjaga dapat membayar bayaran-bayaran tambahan persekolahan bagi tahun 2017  ini secepat mungkin supaya duit dapat digunakan untuk aktiviti murid. 
Bagi keluarga yang kurang berkemampuan...bolehlah bayar secara ansuran 3x kepada guru kelas.
Sokongan tuan puan semua diperlukan memandangkan baki kewangan PIBG untuk membantu pihak sekolah dalam menyediakan sokongan pembelajaran murid amatlah sedikit.
Maklumat kutipan bayaran tambahan :
  1. Program Kecemerlangan akademik tu utk program-program akademik ikut tingkatan dan kertas-kertas edaran utk progam akademik (kertas photostat, ujian dsbnya). Modul ulangkaji insentif terutama kelas-kelas peperiksaan.
  2. Penyelengaraan ICT spt penyediaan makmal komputer yang kondusif, naik taraf sistem internet dan penyelenggaraan lain spt smart tv , projector , skrin, wiring dll peralatan dan bayaran wifi disekolah sbb kita tak dpt capaian yg baik dr bestarinet 
  3. Penyelengaraan dan peralatan mmg byk sbb kerosakan selalu berlaku disekolah spt tandas. Sekolah takde peruntukan utk kos penyelengaraan yang tinggi.
  4. Hari Keusahawan untuk melatih murid-murid terlibat dalam bidang keusahawan dan seterusnya mencari dana untuk PIBG yang boleh disalurkan semula untuk keperluan penting murid / anak-anak kita.
Bagi ibu bapa/penjaga yang menghadapi masalah pembayaran secara tunai ataupun melalui anak...... bolehlah ...bayar secara bank in ke akaun PIBG......  26417900000695 PIBG SMK SERI BINTANG UTARA  (RHB Bank) .
Tuan Puan boleh snap gbr transaction dlm wasp group kelas atau guru kelas supaya senang bendahari semak nanti.
Sekian.
Terima kasih.
Ikhlas drp:
En Indran - 0169952073
YDP PIBG SMKSBU

Admin amat berharap agar kita semua ibu bapa menjalankan tanggungjawab membuat bayaran ini bagi membantu pihak PIBG demi kebaikan anak-anak kita semua.

Friday, April 28, 2017

Lensa Temasya Sukan ke-16 SMK SBU (Part 2)

Berikut adalah lensa-lensa Temasya Sukan SMK SBU 2017 yang telah berlansung pada hari Khamis, 20/4/2017. di Padang Kompleks Seri Bintang.

Lensa 1 

Lensa 2
Nota: Admin sangat berminat untuk mengetahui siapakah gerangan dalam Lensa 2 di atas. Ada sesiapa yang ada info tentang beliau? 

Lensa 3

Lensa 4

Lensa 5

Lensa 6

Lensa 7

Lensa 8
Beberapa orang sukarelawan telah bertugas di booth PIBG/KSIB SMK SBU yang menjual minuman seperti dalam lensa-lensa berikut. Sudah pasti minuman amat diperlukan ketika temasya sukan sedang berlansung.  

Lensa 9

Lensa 10

Lensa 11

Monday, April 24, 2017

Peringatan - Kelas Tambahan SPM & Klinik Peperiksaan PT3

Kepada para ibu bapa dan calon-calon SPM dan PT3 SMK SBU 2017,

KELAS TAMBAHAN SPM & KLINIK PEPERIKSAAN PT3

Tarikh : 25hb April 2017 (HARI INI!)
Hari    : Selasa
Masa   : 3:00 - 4:30 PM

Venue:

Kelas Tambahan SPM
  1. 5 Berdikari - BI (Cg Premalatha)
  2. 5 Gabungan / 5 Galus - Fizik / Ekonomi (Cg Shahrul / Cg Hawa)

Klinik Peperiksaan PT3
  1. Dewan Alfa - BM (Cg Hakima / Cg Wan Sapura)
  2. Dewan Gama - Matematik (Cg Diana / Cg Hing / Cg Wan Azlianti)
Mohon ambil fail kelas tambahan / klinik di bilik PK 1.
  • Laporan
  • Kehadiran
  • Photogrid

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017 SMK SBU

Peperiksaan Pertengahan Tahun atau mid-term exam akan berlansung sepanjang minggu ini. Berikut adalah jadual untuk Tingkatan 3 atau PT3. 

Jadual Peperiksaan - Tingkatan 3 / PT3
(Admin : sila duble click imej untuk lebih besar)

Seperti dalam jadual di atas, pagi tadi baru sahaja berlansung Taklimat PT3 subjek Sejarah. Ia telah diadakan dari jam 7:30 hingga 9:30 pagi. 

Seramai 244 pelajat Tingkatan 3 (calon-calon PT3) yang hadir dalam taklimat ini. Penceramah adalah Cigu Che Siti Fatimah dan Cikgu Hediyana. 

Berikut adalah beberapa keping gambar aktiviti taklimat tersebut. 

foto 1

foto 2

foto 3

Selamat menjalani Peperiksaan Pertengahan Penggal dari Admin yang mewakili pihak PIBG/KSIB dan semua ibu bapa pelajar serta para guru SMK SBU yang terlibat.

Sunday, April 23, 2017

Lensa Temasya Sukan ke-16 SMK SBU

Temasya sukan kali ke-16 SMK SBU telah berlansung pada hari Khamis, 20/4/2017, di Padang Kompleks Seri Bintang. 

info temasya sukan

aturcara temasya sukan

Berikut adalah sebahagian lensa temasya sukan tersebut.

Lensa 1

Lensa 2

Lensa 3

Lensa 4

Lensa 5

Lensa 6

Lensa 7