Sunday, April 30, 2017

Warkah YDP Mohon Ibu Bapa Bayar Sumbangan PIBG

Berikut adalah warkah daripada Tuan YDP PIBG SMK SBU, Encik Indran, memohon para ibu bapa membayar sumbangan PIBG.

Bayaran Tambahan Tabung PIBG
(nota Admin: klik pada imej untuk besarkan)

Salam sejahtera semua
Datuk/Dato'/ Datin/ Dr / Tuan / Puan,
Mohon semua ibu bapa/ penjaga dapat membayar bayaran-bayaran tambahan persekolahan bagi tahun 2017  ini secepat mungkin supaya duit dapat digunakan untuk aktiviti murid. 
Bagi keluarga yang kurang berkemampuan...bolehlah bayar secara ansuran 3x kepada guru kelas.
Sokongan tuan puan semua diperlukan memandangkan baki kewangan PIBG untuk membantu pihak sekolah dalam menyediakan sokongan pembelajaran murid amatlah sedikit.
Maklumat kutipan bayaran tambahan :
  1. Program Kecemerlangan akademik tu utk program-program akademik ikut tingkatan dan kertas-kertas edaran utk progam akademik (kertas photostat, ujian dsbnya). Modul ulangkaji insentif terutama kelas-kelas peperiksaan.
  2. Penyelengaraan ICT spt penyediaan makmal komputer yang kondusif, naik taraf sistem internet dan penyelenggaraan lain spt smart tv , projector , skrin, wiring dll peralatan dan bayaran wifi disekolah sbb kita tak dpt capaian yg baik dr bestarinet 
  3. Penyelengaraan dan peralatan mmg byk sbb kerosakan selalu berlaku disekolah spt tandas. Sekolah takde peruntukan utk kos penyelengaraan yang tinggi.
  4. Hari Keusahawan untuk melatih murid-murid terlibat dalam bidang keusahawan dan seterusnya mencari dana untuk PIBG yang boleh disalurkan semula untuk keperluan penting murid / anak-anak kita.
Bagi ibu bapa/penjaga yang menghadapi masalah pembayaran secara tunai ataupun melalui anak...... bolehlah ...bayar secara bank in ke akaun PIBG......  26417900000695 PIBG SMK SERI BINTANG UTARA  (RHB Bank) .
Tuan Puan boleh snap gbr transaction dlm wasp group kelas atau guru kelas supaya senang bendahari semak nanti.
Sekian.
Terima kasih.
Ikhlas drp:
En Indran - 0169952073
YDP PIBG SMKSBU

Admin amat berharap agar kita semua ibu bapa menjalankan tanggungjawab membuat bayaran ini bagi membantu pihak PIBG demi kebaikan anak-anak kita semua.

Friday, April 28, 2017

Lensa Temasya Sukan ke-16 SMK SBU (Part 2)

Berikut adalah lensa-lensa Temasya Sukan SMK SBU 2017 yang telah berlansung pada hari Khamis, 20/4/2017. di Padang Kompleks Seri Bintang.

Lensa 1 

Lensa 2
Nota: Admin sangat berminat untuk mengetahui siapakah gerangan dalam Lensa 2 di atas. Ada sesiapa yang ada info tentang beliau? 

Lensa 3

Lensa 4

Lensa 5

Lensa 6

Lensa 7

Lensa 8
Beberapa orang sukarelawan telah bertugas di booth PIBG/KSIB SMK SBU yang menjual minuman seperti dalam lensa-lensa berikut. Sudah pasti minuman amat diperlukan ketika temasya sukan sedang berlansung.  

Lensa 9

Lensa 10

Lensa 11

Monday, April 24, 2017

Peringatan - Kelas Tambahan SPM & Klinik Peperiksaan PT3

Kepada para ibu bapa dan calon-calon SPM dan PT3 SMK SBU 2017,

KELAS TAMBAHAN SPM & KLINIK PEPERIKSAAN PT3

Tarikh : 25hb April 2017 (HARI INI!)
Hari    : Selasa
Masa   : 3:00 - 4:30 PM

Venue:

Kelas Tambahan SPM
  1. 5 Berdikari - BI (Cg Premalatha)
  2. 5 Gabungan / 5 Galus - Fizik / Ekonomi (Cg Shahrul / Cg Hawa)

Klinik Peperiksaan PT3
  1. Dewan Alfa - BM (Cg Hakima / Cg Wan Sapura)
  2. Dewan Gama - Matematik (Cg Diana / Cg Hing / Cg Wan Azlianti)
Mohon ambil fail kelas tambahan / klinik di bilik PK 1.
  • Laporan
  • Kehadiran
  • Photogrid

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017 SMK SBU

Peperiksaan Pertengahan Tahun atau mid-term exam akan berlansung sepanjang minggu ini. Berikut adalah jadual untuk Tingkatan 3 atau PT3. 

Jadual Peperiksaan - Tingkatan 3 / PT3
(Admin : sila duble click imej untuk lebih besar)

Seperti dalam jadual di atas, pagi tadi baru sahaja berlansung Taklimat PT3 subjek Sejarah. Ia telah diadakan dari jam 7:30 hingga 9:30 pagi. 

Seramai 244 pelajat Tingkatan 3 (calon-calon PT3) yang hadir dalam taklimat ini. Penceramah adalah Cigu Che Siti Fatimah dan Cikgu Hediyana. 

Berikut adalah beberapa keping gambar aktiviti taklimat tersebut. 

foto 1

foto 2

foto 3

Selamat menjalani Peperiksaan Pertengahan Penggal dari Admin yang mewakili pihak PIBG/KSIB dan semua ibu bapa pelajar serta para guru SMK SBU yang terlibat.

Sunday, April 23, 2017

Lensa Temasya Sukan ke-16 SMK SBU

Temasya sukan kali ke-16 SMK SBU telah berlansung pada hari Khamis, 20/4/2017, di Padang Kompleks Seri Bintang. 

info temasya sukan

aturcara temasya sukan

Berikut adalah sebahagian lensa temasya sukan tersebut.

Lensa 1

Lensa 2

Lensa 3

Lensa 4

Lensa 5

Lensa 6

Lensa 7

Biro2 PIBG/KSIB SMK SBU

PIBG/KSIB SMK SBU 2017/2018 telah mengujudkan enam biro yang didokong oleh AJK PIBG dan ibu bapa sukarelawan.

BIRO 1 - Akademik & Sahsiah


nama Biro


ahli-ahli Biro

Ketua Biro : Pn Mohny Devi A/P Gurdev Singh

Penolong Ketua Biro : Pn Shahdrina bt Shahruddin

Ahli-ahli Biro :

Fungsi :

  • Bertanggungjawab untuk membuat perancangan dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan bidang akademik dan sahsiah untuk membolehkan murid-murid mencapai prestasi tahap kejayaan yang tinggi dalam pendidikan dengan kerjasama pelbagai pihak.
  • Bertanggungjawab untuk merancang program yang berkaitan dengan sahsiah untuk membentuk keperibadian murid yang seimbang dari segi JERIS.

BIRO 2 - Kokurikulum & Sosial

nama Biro

ahli-ahli Biro

Ketua Biro :  Pn Cg Ooi Siew Chin

Penolong Ketua Biro : Pn Hazlinda bt Ramli

Ahli-ahli Biro :
  1. En Khairul
  2. En Rajen
  3. En Zulkifli
  4. En Saharde
  5. En Saleh
  6. Pn Fauziah
  7. Pn Norhayati
  8. Pn Eida
  9. Pn Liew

Fungsi : 

  • Bertanggungjawab merancang aktiviti2 yang boleh meningkatkan prestasi sukan sekolah dan kebudayaan serta menjalankan aktiviti kesukanan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa untuk mengeratkan hubungan antara guru dan ibu bapa.


URL Blog : http://smksbubirokoko.blogspot.my/


BIRO 3 - Ekonomi & Kebajikan

nama Biro

ahli-ahli Biro

Ketua Biro : Pn Kunavathiammal A/P Kanagasabai 

Penolong Ketua Biro : Pn Gouri Norton

Ahli-ahli Biro :

Fungsi :

  • Bertanggungjawab mengumpul dana atau mencari sumbangan untuk membantu pihak PIBG dan sekolah menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu yang telah dirancang. 
  • Bertanggungawab untuk menyalurkan bantuan kebajikan kepada murid-murid yang telah dikenalpasti.

BIRO 4 - Penyelenggaraan & Peralatan

nama Biro

ahli-ahli Biro

Ketua Biro : En Mohd Yusof b Hanif

Penolong Ketua Biro : En Arman b Ilyas

Ahli-ahli Biro :
  1. En Filus b Abd Kadir
  2. En Roslan b Ali
  3. En Mohd Azmir b Musa
  4. En Silvam Sinniah
  5. Pn Thohiroh bt Abdul Razak

Fungsi :
  • Bertanggungjawab untuk memastikan sekolah dalam keadaan baik dan selamat.
  • Bertanggungjawab untuk memastikan peralatan-peralatan sekolah berfungsi dengan baik.


BIRO 5 - 3K & HEM


nama Biro

ahli-ahli Biro
Ketua Biro : Pn Rusidah bt Isman

Penolong Ketua Biro : Pn Siti Khadijah bt Hasbullah

Ahli-ahli Biro :

Fungsi :

  • Bertanggungjawab dalam merancang program keceriaan sekolah yang melibatkan aktiviti keceriaan, keselamatan dan kebersihan sekolah serta kemudahan pra sarana supaya dapat mewujudkan suasana yang harmoni, damai dan kondusif.



BIRO 6 - AKSB, ICT & Surau


nama biro

ahli-ahli Biro

Ketua Biro : En Abdullah b Md Yunos

Penolong Ketua Biro : En Mohd Haizul b Ibrahim

Ahli-ahli Biro :

Fungsi :
  • Bertanggungjawab melibatkan diri dalam program berkaitan asrama, memastikan penyelenggaran ICT yang baik dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti keagamaan di surau serta memastikan surau diuruskan dalam keadaan baik.


Wednesday, April 19, 2017

Majlis Ramah Mesra PIBG & KSIB/PIBK SMK SBU


Pada hari Ahad, 16hb April PIBG SMK SBU telah menjalankan satu program yang diberi nama MAJLIS RAMAH MESRA PIBG & KSIB/PIBK. Admin yakin ramai ibu bapa yang sudah tahu apa itu PIBG atau PTA akronim Bahasa Inggerisnya. Tetapi Admin yakin ada sebahagaian ibu bapa yang baru mendengar tentang KSIB. 

Bunting program

KSIB adalah singkatan kepada Kumpulan Sokongan Ibu Bapa. KSIB merupakan sebahagian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2023 dalam anjakan ke-9. Penubuhan KSIB adalah di bawah Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa.

Tujuan utama KSIB diujudkan adalah untuk mengeratkan lagi kerjasama antara sekolah, ibu bapa dam komuniti bagi menggalakkan ib bubapa dan komuniti lebih terlibat dalam pembelajaran murid. Sarana PIBG dan Sarana Sekolah ini akan melibatkan sesiapa sahaja yang bertanggung jawab terhadap kebajikan anak dan terlibat secara aktif dengan pendidikan anak tersebut. Ini amat bertepatan dan seiring dengan dasar dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkupayaan mencapai kesejahteraan diri. 

Pendaftaran Ibu Bapa

Berikut adalah statistik kehadiran ke Majlis Ramah Mesra ini.

AJK PIBG: 7 org

Pentadbir & Guru: 33 org

Pelajar yg membantu: 21 org

Ibu Bapa / Penjaga:
Tingkatan 1 - 20 org
Tingkatan 2 - 14 org
Tingkatan 3 - 20 orang
Tingkatan 4 - 8 org
Tingkatan 5 - 11 org

Admin berharap lebih ramai ibu bapa yang akan sertai program anjuran PIBG SMK SBU di masa hadapan kerana tiada lagi alasan tidak dapat info dan maklumat dengan adanya blog ini dan FB Group yang telah diujudkan. 

Untuk makluman, pautan FB Group adalah https://www.facebook.com/groups/189046271613492/
FB Group adalah tertutup dan perlukan pengesahan dengan memberikan nama ibu bapa dan anak-anak serta maklumat Tingkatan dan Kelas mereka.

Buku Aturcara Program

Bacaan Doa sebelum majlis bermula
Ucapan YDP PIBG SMK SBU 2017/2018
En Indran A/L Subrumanian

Ucapan Perasmi - Pengetua Cemerlang SMK SBU
Pn Siti Rogayah bt Yahya

Di antara ibu bapa, ajk PIBG dan pentadbir serta guru-guru SMK SBU yang dapat hadir.

Foto 1

Foto 2 - santai-santai

Foto 3

Enam biro telah dilancar dan dirasmikan dalam program ini. Maklumat lanjut tentang keenam-enam biro ini akan paparkan dalam entry blog berikut.


Monday, April 17, 2017

Jawatankuasa PIBG Sesi 2017/2018


Berikut adalah senarai Jawatankuasa PIBG SMK SBU Sesi 2017/2018.

Barisan AJK PIBG SMK SBU 2017/2018


Penasihat
     Pn Siti Rogayah bt. Yahya
     Pengetua Cemerang

Penolong Penasihat
     Pn Zuraimah bt. Amran - GPK Kurikulum
     Datin Hairiah bt. Mohd Tahir - GPK HEM
     Pn Ruzila bt. Yusoff - GPK Kokurikulum

Yang DiPertua
     En Indran Subrumanian KB:PA

Naib Yang DiPertua
     En Mohamed Nazli b. Kamaruddin

Setiausaha
     Pn Siti Rosila Hawa bt. Sarif

Penolong Setiausaha
     Pn Rozita bt. Nordin

Bendahari
     Pn Hing Lee Teng

AJK Ibu Bapa
     En Mohd Yusof b. Hanif
     En Abdullah b. Md Yunus
     En Vinod Anand a/l Guna Segaran
     Pn Ooi Siew Chin
     Pn Mohny Devi a/p Gurdev Singh
     Pn Kunavathiammal a/p Kanagasabai
     Pn Rusidah bt. Isman
     ASP Suhana bt. Atan

AJK Guru
     En Arman b. Ilyas
     En Mohd Haizul Nizam b. Ibrahim
     Pn Hazlinda bt. Ramli
     Pn Shahdrina bt. Shahruddin

Juruaudit
     Pn Gouri Norton
     Pn Noor Huda bt. Shukor