Sunday, April 30, 2017

Warkah YDP Mohon Ibu Bapa Bayar Sumbangan PIBG

Berikut adalah warkah daripada Tuan YDP PIBG SMK SBU, Encik Indran, memohon para ibu bapa membayar sumbangan PIBG.

Bayaran Tambahan Tabung PIBG
(nota Admin: klik pada imej untuk besarkan)

Salam sejahtera semua
Datuk/Dato'/ Datin/ Dr / Tuan / Puan,
Mohon semua ibu bapa/ penjaga dapat membayar bayaran-bayaran tambahan persekolahan bagi tahun 2017  ini secepat mungkin supaya duit dapat digunakan untuk aktiviti murid. 
Bagi keluarga yang kurang berkemampuan...bolehlah bayar secara ansuran 3x kepada guru kelas.
Sokongan tuan puan semua diperlukan memandangkan baki kewangan PIBG untuk membantu pihak sekolah dalam menyediakan sokongan pembelajaran murid amatlah sedikit.
Maklumat kutipan bayaran tambahan :
  1. Program Kecemerlangan akademik tu utk program-program akademik ikut tingkatan dan kertas-kertas edaran utk progam akademik (kertas photostat, ujian dsbnya). Modul ulangkaji insentif terutama kelas-kelas peperiksaan.
  2. Penyelengaraan ICT spt penyediaan makmal komputer yang kondusif, naik taraf sistem internet dan penyelenggaraan lain spt smart tv , projector , skrin, wiring dll peralatan dan bayaran wifi disekolah sbb kita tak dpt capaian yg baik dr bestarinet 
  3. Penyelengaraan dan peralatan mmg byk sbb kerosakan selalu berlaku disekolah spt tandas. Sekolah takde peruntukan utk kos penyelengaraan yang tinggi.
  4. Hari Keusahawan untuk melatih murid-murid terlibat dalam bidang keusahawan dan seterusnya mencari dana untuk PIBG yang boleh disalurkan semula untuk keperluan penting murid / anak-anak kita.
Bagi ibu bapa/penjaga yang menghadapi masalah pembayaran secara tunai ataupun melalui anak...... bolehlah ...bayar secara bank in ke akaun PIBG......  26417900000695 PIBG SMK SERI BINTANG UTARA  (RHB Bank) .
Tuan Puan boleh snap gbr transaction dlm wasp group kelas atau guru kelas supaya senang bendahari semak nanti.
Sekian.
Terima kasih.
Ikhlas drp:
En Indran - 0169952073
YDP PIBG SMKSBU

Admin amat berharap agar kita semua ibu bapa menjalankan tanggungjawab membuat bayaran ini bagi membantu pihak PIBG demi kebaikan anak-anak kita semua.

No comments:

Post a Comment