Saturday, May 27, 2017

Sambutan Hari Guru SMK SBU 2017

Majlis Sambutan Hari Guru 2017 di SMK SBU telah pun berlansung pada hari Khamis, 25/5/2017. Bagi pihak AJK PIBG & KSIB, Admin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi sumbangan kewangan, tenaga sebagai ajk pelaksana dan kek untuk sambutan Hari Guru SMK SBU 2017 tersebut. 

surat YDP PIBG kepada ibu bapa berkenaan Hari Guru SMK SBU 2017

Berikut adalah lensa Majlis Sambutan Hari Guru SMK SBU 2017.

Para Guru SMK SBU
 
wajah2 ceria

Kek-kek sumbangan ibu bapa murid SMK SBU.

kek 1

kek 2

kek 3
Berikut pula adalah ucapan Hari Guru dari ibu bapa pelajar SMK SBU kepada semua guru dan pendidik SMK SBU.

ucapan 1

ucapan 2

ucapan 3

ucapan 4

ucapan 5

SELAMAT HARI GURU!

Pemenang Ikon Akademik Hari Guru Wilayah Persekutuan 2017 - Cikgu Lee

Bagi pihak PIBG & KSIB SMK SBU, Admin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Cikgu Lee Saw Im, seorang guru SMK SBU, yang telah dinobatkan sebagai IKON AKADEMIK di Majlis Perayaan Hari Guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah diadakan pada 25hb Mei lepas. 

Perasmian majlis dan penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan iaitu YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansur.

Sambutan Hari Guru Wilayah Persekutuan

1

Cikgu Lee menerima hadiah

4

Nota: Admin ada terserempak Cikgu Lee di kantin pada hari tersebut. Admin bercadang ingin menemubual Cikgu Lee tetapi tidak kesampaian.

Saturday, May 13, 2017

Dari Meja YDP SMK SBU ...SAMBUTAN HARI GURU SMK SBU

Salam semua ibu bapa atau penjaga yang dihormati...

Salam Negaraku

Terima kasih atas sumbangan kewangan yang diberikan dalam borang maklum balas Sambutan Hari Guru SMKSBU.

Pihak kami memohon jasa baik Datuk/Datin/Dr/Tuan/ Puan  untuk membantu AJK PIBG untuk melaksanakan sepenuhnya PIBG dan KSIB SMKSBU.

Sambutan Hari Guru telah diubah dari 25 Mei 2017 (Khamis) ke 24 Mei 2017 (Rabu) jam 9.20 pagi - 2.30 petang ekoran pertindihan tarikh Sambutan Hari Guru Peringkat JPWPKL.

So... majlis Sambutan Hari Guru SMKSBU ialah

Hari: Rabu
Tarikh: 24 Mei 2017
Masa: 9.00 pagi - 2.30 petang.
Tema: Klasik
Tempat: Dataran Skylite.

Ikhlas daripada :

Indran - 0169952073
YDP PIBG